CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, May 28, 2007

..SaHaBaT..

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.
Sahabat yang baik adalah seiring
denganku dan menjaga
nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.
Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk
berkenalan kerana aku akan merasa senang.
Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.
Aku selalu berharap mendapat sahabat
sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.
Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.."

Wednesday, May 23, 2007

..RiNdU..

"BiLa AnDa RiNdUkAn SeSeOrAnG,
pAnDaNgLaH pAdA bInTaNg Yg PaLiNg TeRaNg SiNaRnYa,
PeRcAyAlAh PaDa HaTi..
BaHaWa InSaN yG dI rInDuI iTu JuGa SeDaNg MeRiNdUi Mu.."
**********************************


Sunday, May 13, 2007

JiKa Ia SeBuAh CiNtA..

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak mendengar...
namun sentiasa bergetar....
Jika ia sebuah cinta...
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa..
Jika ia sebuah cinta...
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji
Jika ia sebuah cinta...
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha...
Jika ia sebuah cinta...
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik...
Jika ia sebuah cinta...
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati...
Jika ia sebuah cinta...
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
Jika ia sebuah cinta...
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..
Jika ia sebuah cinta...
ia mungkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni...
Jika ia sebuah cinta...
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan...
Jika ia sebuah cinta...
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan...
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan...

Tuesday, May 1, 2007

PaSrAh..

Iz..
Tidak aku berdaya membohongi hati, kerana aku tidak ingin menolak takdir buatku. Sesungguhnya Tuhan itu menjadikan setiap hambanya kerana cinta dan kerana cinta lah lahir seorang aku di mukim cinta Tuhanku. Saat Allah SWT menghadirkan cinta seorang Adam dihatiku, dayaku membuka seluas-luasnya hatiku.

Iz..
Betapa indah cintamu merisik sukmaku, betapa luhur kau membuka jalan bahagia di hadapanku, biar kau tahu onak merencam pada perjalanan kita yang berliku. Jika aku bukan aku hari ini, akulah perempuan yg paling beruntung..mampu menerima dan memberi selaut kasih sayang, namun takdir begitu licik. Takdir tercipta buat kita dan kita harus pasrah menerimanya.

Iz..
Kita ditakdirkan untuk berpisah, melampiaskan hasrat saat ingin mengejar hasrat, lalu tika kembali kita di sini, lepaskan cinta kerana telah ku bebaskan dirimu dalam mukim asmaraku.

- remaja april'07 -